Maksudnya : “Sah atau tidaknya solat seluruh perbuatan itu adalah bergantung kepada niat.Setiap orang akan meraih pahala atau dosa adalah berdasarkan kepada apa yang telah diniatkan.”
( Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i, Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi
Imam Hanafi: Mengatakan perlu ada 2 syarat iaitu menentukan jenis solat (ta'yin) dan yang keduanya ialah mesti benar benar azam melakukannya. Adapun pendapat yang mengatakan lafaz niat solat adalah bid'ah.
Imam Malik: Mengatakan tidak perlu melafazkan niat,kerana ini adalah perkara bid'ah.Ia tidak diriwayatkan oleh Nabi SAW atau mana mana Sahabat yang memerintahkan umatnya melafazkan niat, Jika ia dinayatakan oleh Nabi SAW, maka para sahabat pasti tidak akan mengecualikannya, dimana dengannya umat akan melakukan ibadat setiap hari dan malam.Jadi lafaz niat perlu dihindari.
Ibn Qayyum(ulama Imam Hanbali): Mengatakan dalam kitabnya Talbis Iblis: Semua ini(lafaz niat) adalah belitan/tipu daya Iblis yang akan menimbulkan perasaan was-was didalam diri manusia didalam menunaikan solat. Mahupun di dalam penulisannya : Nabi S.A.W ketika memulakan solat, nabi hanya menyebut kalimah “ ALLAHUAKBAR ” dan tiada perkataan lain didengari sebelum lafaz takbir sama ada solat fardhu mahupun solat sunat.
Lafaz niat:
''Sahaja aku solat kepada Allah, Solat(____),4 rakaat,mengikut Imam,kerana Allah Ta'ala."
Ibn Qayyum menyatakan lagi:
"Apabila Nabi saw berdiri menunaikan solat, beliau berkata : Allahu Akbar, dan tidak mengatakan apa-apa sebelumnya, Tidak ada lafaz Niat dan Dia tidak mengatakan :'Sahaja aku bersolat sekian-sekian, mengadap Kiblat, 4 rakaat, sebagai Imam atau Makmum'. dan tidak juga beliau berkata 'Tunai' atau 'Qadho', atau 'Fardu'. Ini semuanya adalah bid'ah yang tidak diriwayatkan dari mana-manae ulama' dengan mana-mana Isnaad, samada sahih, dhaif, musnad atau mursal. Tidak pula diriwayatkan dari para Sahabat Nabi, dan tidak dari Tabieen atau tidak dari Imam yang empat".
Imam Syafie: Lafaz niat hanya untuk membantu menghadirkan niat di dalam diri.Jadi,ia disunatkan.Namun akhir akhir pengikut mazhab ini mengatakan wajib meletakkan lafaz niat,dan mengatakan ia dikeluarkan oleh Mazhab Syafie! Walhal Imam Syafie mensyaratkan bahawa niat tempatnya adalah dalam hati.
Maka kesimpulannya mudah sahaja,membuat lintasan niat di dalam hati kemudian mengangkat Takbir tanpa perlu memanjangkan mad. Tidak ada satu nas pun menunjukkan Nabi melafazkan niat solatnya mahupun sebelum,semasa atau sesudahnya iqamah.
Walaupun kita nampak lafaz niat ini sekecil kecil perkara, tetapi kita harus ingat Islam memandang berat sesuatu perkara walau sebesar kuman sekalipun.Apalagi perkara yang diada adakan dalam agama? Jangan kata "alah dont worry la beb, benda kecik je pun''. Masya Allah, kalau bid'ah,dan amalan tertolak,nak menyesal kemudian pun tak guna beb.
Sampaikan ajaranku walau satu ayat {Sabda Rasulullah}
Wallahua'lam
TQ Bro, dpt sdkit sbyk ilmu. Tp kne jga beri sumber kitab nya... nak juga baca nanti.
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteKata saudara :
"Imam Syafie: Lafaz niat hanya untuk membantu menghadirkan niat di dalam diri.Jadi,ia disunatkan.Namun akhir akhir pengikut mazhab ini mengatakan wajib meletakkan lafaz niat,dan mengatakan ia dikeluarkan oleh Mazhab Syafie! Walhal Imam Syafie mensyaratkan bahawa niat tempatnya adalah dalam hati."
Soalan saya : Betulkah kata saudara "pengikut mazhab ini mengatakan wajib meletakkan lafaz niat". Adakah saudara maksudkan seluruh pengikut mazhab Syafie ATAU segelintir shj?
Saya mengamalkan fiqh mazhab Imam Syafie, dan guru-guru, keluarga dan sahabat2 saya tidak pernah pula kata lafaz niat itu WAJIB, bahkan ianya hanyalah sunat shj. Yang WAJIBNYA adalah niat itu sendiri iaitu di hati.
Saya risau jika ayat saudara ini akan buatkan KESELURUHAN PENGIKUT MAZHAB IMAM SYAFIEE akan difitnah. Oleh itu, amatlah sukacitanya kita berhati-hati bila menulis. Ini urusan agama bukan urusan dunia.
Semoga saudara diluaskan lagi ilmu dan dimurahkan lagi rezeki.
Beberapa soalan.
ReplyDelete1) Bagaimana jika seseorang ingin solat sunat sebelum solat fard? Bilakah harus niat? Dan sekiranya sudah niat dah masuk masjid, imam baru ingin memulakan solat fard.
2) Kita niat utk solat bakdiyah, tiba-tiba ada kecemasan dan tidak dapat solat bakdiyah. Bagaimana?
Apakah makna niat? Very simple..dalam hati sendiri tau dah nak buat apa..itu lah niat..
ReplyDeleteApakah makna niat? Very simple..dalam hati sendiri tau dah nak buat apa..itu lah niat..
ReplyDeleteMasalahnya imam2 masjid kat malaysia banyak buat lafaz niat, most if not all, so kalo bidaah maka tak boleh solat belakang imam2 ni yer? Just nak confirmation.
ReplyDeleteMengarut.....taksub wahhbabi... Dah lah taksub.. Mengfitnah pula
ReplyDeleteBidaah bnyi jns ye
ReplyDeleteJangan kate bidaah itu semue haram...bidaah bkn prkre yg x prnh nbi buat...tp prkre yg x de dalil dn sunnah nye...bidaah ade yg dboleh kan ade yg x bolehkan...lbh jls cri video ustdz abdul somad
ReplyDeleteJangan kate bidaah itu semue haram...bidaah bkn prkre yg x prnh nbi buat...tp prkre yg x de dalil dn sunnah nye...bidaah ade yg dboleh kan ade yg x bolehkan...lbh jls cri video ustdz abdul somad
ReplyDeleteTAKDE KERJA LAIN...KERJA NK BID'AH ORANG JE...KOLOT
ReplyDeleteYg membid'ahkan tu imam mazhab.. terasa kenapa?
Delete