1. Mendekatkan diri kepada Allah dengan cara tidak mahu bernikah.
2. Mendekatkan diri kepada Allah dengan cara berpuasa secara berterusan(setiap hari).
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan cara beribadat di malam hari sehingga tidak tidur semalaman.
Mendengar cara mereka, dengan secara bijaksana Nabi Muhammad bersabda :
"Demi Allah, aku adalah orang yang takut kepada Allah dan bertakwa antara kamu semua. Tetapi aku berpuasa dan makan, aku bersolat malam dan tidur serta aku bernikah. Siapa yang tidak suka dengan sunnahku, dia bukan tergolong ummatku." (Riwayat Bukhari)-------------------------------------------------------------------------------------------------------
According to the story above, bahawa jelaslah Rasulullah menyuruh kita bersederhana dalam ibadah. Perlu bijak mengimbangi keperluan dunia dan akhirat, rohani dan jasmani. Menjaga hablu minallah(ikatan dengan Allah) dan hablu minannas(ikatan dengan manusia). Allah tidak pernah menyuruh hamba Nya menyusahkan diri sendiri.
Seperti Firman Allah, Surah al Baqarah ayat 185:
Maksud: "Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan bukan menghendaki kesukaran bagimu"Mahupun di dalam hadith, sabda Rasulullah SAW:
"Hendaklah kamu semua berbuat sesuatu sesuai dengan kekuatan kamu sahaja. Kerana demi Allah, Allah itu tidak bosan (memberi pahala) sehingga engkau semua bosan (melaksanakan amalan itu). Cara melakukan agama yang paling dicintai oleh Allah itu adalah apa-apa yang kekal dilakukan oleh seseorang itu. Amalan itu tidak perlu banyak asalkan dilakukan secara berterusan.(Istiqamah)"(Riwayat Muttafaq ‘alaih)
Ibadat ini seperti merantau. Saya bagi contoh senang :
Kita nak pergi merantau dari Johor Bharu sampailah Sungai Golok di persempadanan Kelantan-Thailand dengan menaiki kereta BMW tayar empat. Sebelum bertolak mestilah kita sediakan dulu bekalan, cukup ke tak minyak kereta, tayar ganti semua, bawa ke tak coklat Kit Kat untuk berehat sebentar bersamanya.
Selepas itu di pertengahan jalan mestilah nak rehatkan badan sekejap beberapa kali di R&R, makey makey dulu pekena kopi secawan, sudah dapat tenaga dan semangat baru, barulah mulakan semula perjalanan untuk sampai ke destinasi dituju.
Kita beribadat , apakah destinasi kita?? Jadi begitulah cara beribadat.
Sederhana dan istiqamah.
Sampaikan ajaranku walau satu ayat{Sabda Rasulullah}
Wallahua'lam
-Salam Terbaik Ummat-
always proud of you my 'imam muda'...hopefully it'll be remained 4ever...luv u my son!
ReplyDeletei'm always proud to be your imam muda,Insya Allah it'll be remained 4ever..luv u my mom!
ReplyDelete