Sewaktu saya di Tingkatan 5, saya menghadiri kelas tambahan di pusat tusyen al maklumlah ketika itu hendak bersiap sedia hendak bertempur di medan SPM.
Nak dijadikan cerita, Ada seorang perempuan ini yang saya tak berapa kenal, tapi saya tak berapa suka dengan dia. Nak tahu kenapa? Kerana dia selalu menghalang penglihatan dan pemandangan mata saya melihat papan putih dengan bonggolan tinggi tudungnya. Dia duduk di kerusi hadapan, manakala saya di bahagian tengah kebiasaannya.
Masya Allah bukan saya nak mengumpat, tetapi setiap kali kelas bermula hati saya selalu berbisik, "Ya Allah la hai minah ni, macam tengkolok firaunlah bonggol dia ni, bertingkat tingkat"
Astaghfirullah, 'ter'mengumpat pula. Maaf ya maaf. Maaf maaf.
Daripada Abu Hurairah, Sabda Rasulullah SAW :
''2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.
Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggul rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini'' (Riwayat Imam Muslim, Imam Ahmad, Malik)
Hiasan: Cara Pakai Bonggol |
Tidak salah hendak berfesyen kerana ia tidak melanggar konsep murunah Islam. Oh ya bercakap tentang fesyen tudung ni, bertudung untuk menggayakan fesyen ke, atau ikut syariat ? ?
Lihat nawaitumu kawan, lihat nawaitumu
Firman Allah dalam Surah an Nur ayat 31:
''... Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)....''Saya dapat ini dari Info Malaya, beberapa kesalahan apabila bertudung:
Begitulah gamaknya. Saya tidak mahu mengulas panjang tentang fesyen fesyen yang ada sekarang ini.
Tetapi apa yang mampu saya nasihatkan, terimalah teguran saya ini seadanya. Bak kata orang putih, No hard feelings ok ,babe.
Cara pemakaian tudung yang betul mengikut syiar Islam akan saya sampaikan di lain hari di entry berikutnya. Insya Allah.
Sampaikan ajaranku walau satu ayat{Sabda Rasulullah}
Wallahua'lam
-Salam Terbaik Ummat-
No comments:
Post a Comment