Hiasan |
Entry kali ini saya akan bercerita sedikit tentang neraka secara kasar. Semoga ia serba sedikit menginsafkan diri kita dan menambah sedikit ilmu pengetahuan. Insya Allah.
1.Tingkatan Neraka Dan Pintu Pintunya.
Dalam riwayat Hafizh Abu Naim, Rasulullah SAW bersabda:
(Hadith Riwayat Hafiz Abu Naim)
''Jahanam itu dinyalakan pada tiap tiap hari dan dibukakan pintunya, kecuali hari Jumaat, tiada dinyalakan dan dibukakan pintunya. Sedangkan nama pintu neraka itu ialah lain: Huthamah, Sa'ir , Saqr, Jahim , Hawiyah.''
Di dalam riwayat ada dikemukakan:
Neraka Tingkat Pertama(Teratas):
Ditempatkan ummat Nabi Muhammad yang fasiq(berdosa besar) seperti:
-tidak solat, tidak keluarkan zakat dan puasa, melakukan zina, membunuh dan sebagainya
Neraka Tingkat Kedua:
Ditempatkan golongan golongan Nasara.
Neraka Tingkat Ketiga:
Ditempatkan orang orang Yahudi.
Neraka Tingkat Keempat:
Ditempatkan penyembah penyembah binatang (syabi'in).
Neraka Tingkat Kelima:
Ditempatkan penyembah penyembah api (orang Majusi).
Neraka Tingkat Keenam:
Ditempatkan orang orang kafir (musyrik), dan jin jin.
Neraka Tingkat Ketujuh (Kerak):
Ditempatkan orang orang Munafik.
2. Bukit, Jurang, Mahligai, dan Rumah di Neraka
Jahanam itu pada tiap tiap pintunya mempunyai:
-70,000 bukit
-Setiap bukit mempunyai 70,000 jurang
-Setiap jurang mempunyai 70,000 nyalaan api
-Setiap nyalaan api mempunyai 70,000 dusun
-Setiap dusun mempunyai 70,000 mahligai
-Setiapmahligai terdiri daripada 70,000 rumah(nyalaan api)
-Setiap rumah mempunyai 70,000 ular,dan 70,000 kala(penyeksa)
-Setiap kala mempunyai 70,000 ekornya.
3. Bahan Bakar Neraka.
Mengenai bahan bakarnya, Allah berfirman di dalam Surah al Baqarah, potongan ayat 24 yang bermaksud:
"....maka peliharalah dari api neraka yang bahan bakarnya : manusia dan batu(berhala), yang disediakan untuk orang orang kafir."
Begitu hebatnya nyalaan api neraka, ada di dalam beberapa riwayat hadith menerangkan:
-Dalam Riwayat Tirmidzi menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda(bermaksud):
''Api Neraka itu dinyalakan 1000 tahun hingga MERAH, kemudian dinyalakan 1000 tahun hingga PUTIH,kemudian 1000 tahun hingga HITAM, maka hitam yang amat kelam pada suatu riwayat menyatakan lebih hitam dari malam yang gelap gelita"
-Dalam Riwayat Muslim menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda(bermaksud):
"Bahawa api yang dinyalakan di dunia ini panasnya 1 DARJAT daripada 70 DARJAT panasnya neraka Jahannam''
Dalam satu riwayat menegaskan:
"Dan orang yang di dalam Jahannam itu, mengeluarkan tangannya kepada ahli dunia, nescaya terbakarlah dunia daripada sangat panasnya''
Hiasan |
Begitulah dasyatnya gambaran api neraka ini walaupun gambaran yang saya buat ini secara kasar(berdasarkan dalil yang sahih).
Oleh itu wahai hamba Allah, marilah kita sama sama muhasabah diri kita, jangan jadikan hidup kita di dunia ini tergolong di dalam golongan orang orang yang rugi.
Insya Allah moga kita mendapat hidayah daripada-Nya agar ditunjukkan jalan yang mustaqim. Insya Allah.
Sampaikan ajaranku walau satu ayat{Sabda Rasulullah}
Wallahua'lam
-Salam Terbaik Ummat-
No comments:
Post a Comment