April 28, 2011

Cara Pemakaian Cincin(Bagi Lelaki)



1.Bahan Buatan Cincin Yang Dibolehkan.

Bahan yang dibolehkan ialah platinum(campuran tembaga & nikel) dan perak. Penggunaan emas diharamkan. Emas celup (yang dicat) tidak tergolong kategori emas.

Nabi SAW pernah melihat sebuah cincin emas ditangan seorang lelaki, lalu baginda mengambil cincin itu dan membuangnya, lalu bersabda:
 ''Salah seorang dari kalian sengaja mengambil bara api neraka dan meletakkannya ditangannya'', Setelah itu Rasulullah pun pergi. Para sahabat berkata kepada lelaki itu ''Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah''. Lelaki itu menjawab “Tidak demi Allah, aku tidak akan mengambilnya setelah Rasulullah membuangnya''. (HR Muslim)
Dari Anas b. Malik, Sabda Rasulullah SAW:
''Nabi SAW pernah membuat cincin perak. Di cincin itu terdapat ukiran 'Muhammad Rasulullah' .(Riwayat Bukhari ,Muslim)
2. Jari Yang Manakah Tidak Boleh Disarungkan?

Tidak boleh disarungkan di jari tengah atau di jari telunjuk. Sebab apa tidak dibolehkan?Kerana ia menyamai cara kaum Nabi Luth berhias. Selain dari jari telunjuk dan jari tengah adalah dibolehkan.

Ali b. Abi Talib mengatakan:
''Nabi SAW melarangku meletakkan cincinku di sini(telunjuk) atau yang berikutnya (tengah)''(Riwayat Muslim)
3. Di Tangan Manakah Yang Lebih Afdal?
Para ulama berbeza pendapat tentang ini justeru ia khilaf.
Imam an Nawawi mengatakan:
''Adapun ketentuan hukum mengenai masalah ini, para ulama sepakat membenarkan pemakaian cincin samada kiri atau kanan, tanpa ada kemakruhan. Mereka berbeza pendapat mana yang lebih afdal?. Kebanyakan cincin kaum salaf berada di sebelah kanan,namun ramai juga di sebelah kiri''
Jadi dalam hal ini ada kelonggaran yang luas. Alhamdulillah.

4. Bolehkah Memakai Cincin Sampai Penuh Jari?


Ianya tidak boleh kerana tergolong dalam berlebih lebihan. Allah tidak suka orang yang berlebih lebihan.
Firman Allah dalam Surah al A'raaf ayat 31:
Maksud :''..kerana Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang berlebih lebihan''

Hanya sekadar perkongsian.


Sampaikan ajaranku walau satu ayat{Sabda Rasulullah}



Wallahua'lam
-Salam Terbaik Ummat-

April 26, 2011

Fesyen Tudung: Haram Berbonggol



Sewaktu saya di Tingkatan 5, saya menghadiri kelas tambahan di pusat tusyen al maklumlah ketika itu hendak bersiap sedia hendak bertempur di medan SPM.
Nak dijadikan cerita, Ada seorang perempuan ini yang saya tak berapa kenal, tapi saya tak berapa suka dengan dia. Nak tahu kenapa? Kerana dia selalu menghalang penglihatan dan pemandangan mata saya melihat papan putih dengan bonggolan tinggi tudungnya. Dia duduk di kerusi hadapan, manakala saya di bahagian tengah kebiasaannya.
Masya Allah bukan saya nak mengumpat, tetapi setiap kali kelas bermula hati saya selalu berbisik, "Ya Allah la hai minah ni, macam tengkolok firaunlah bonggol dia ni, bertingkat tingkat"
Astaghfirullah, 'ter'mengumpat pula. Maaf ya maaf. Maaf maaf.

Daripada Abu Hurairah, Sabda Rasulullah SAW :

''2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggul rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini''  (Riwayat Imam Muslim, Imam Ahmad, Malik)

Hiasan: Cara Pakai Bonggol
Jangan kata " eleh dah pakai tudung ni pun dah cukup bagus weh", Bagus ke? Cuba baca hadith di atas, bagus ke? Menutup bahagian aurat tetapi tidak mengikut syariat belum cukup bagus lagi kawan kawan. Azabnya sama dengan wanita yang tidak bertudung iaitu ke neraka.
Tidak salah hendak berfesyen kerana ia tidak melanggar konsep murunah Islam. Oh ya bercakap tentang fesyen tudung ni, bertudung untuk menggayakan fesyen ke, atau ikut syariat ? ?
Lihat nawaitumu kawan, lihat nawaitumu

Firman Allah dalam Surah an Nur ayat 31:
''...  Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)....''
Saya dapat ini dari Info Malaya, beberapa kesalahan apabila bertudung:


Begitulah gamaknya. Saya tidak mahu mengulas panjang tentang fesyen fesyen yang ada sekarang ini.
Tetapi apa yang mampu saya nasihatkan, terimalah teguran saya ini seadanya. Bak kata orang putih, No hard feelings ok ,babe.
Cara pemakaian tudung yang betul mengikut syiar Islam akan saya sampaikan di lain hari di entry berikutnya. Insya Allah.


Sampaikan ajaranku walau satu ayat{Sabda Rasulullah}



Wallahua'lam
-Salam Terbaik Ummat-

Apabila Nafsu Dijadikan Tuhan & Cara Menghindarinya



Hiasan
 
Firman Allah dalam Surah al Jasiyah, ayat 23 :
"Pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya? Allah membiarkan orang seperti itu sesat dengan mengunci pendengaran dan hatinya serta menutup penglihatannya. Siapakah yang memberikan petunjuk kepadanya apabila Allah membiarkan dirinya sesat. Tidakkah kamu memiliki pengajaran?"
Masya Allah, begitulah keterangan Allah bagi mereka yang bertuhankan nafsu, mereka tidak miliki hidayah walau sedikit pun dari Allah. Para ulama meneliti tabiat nafsu dan mereka mendapati, manusia tidak berdaya menentang nafsu. Bahkan tunduk patuh kepadanya.
Mari kita lihat satu persatu apa nafsu yang dikatakan.

1. Jenis Jenis Nafsu :
Nafsu dikategorikan dua, iaitu nafsu baik dan nafsu buruk. Mari kita lihat yang baik dahulu.Kita lihat kita tergolong yang mana:

Nafsu Baik:

Nafsu Mutma'inah
-nafsu yang lemah lembut
-punyai tawakal hakiki,kuat beribadat,
-mendapat ketenangan ketika jiwa gelisah
-mereka adalah orang yang soleh

Nafsu Raudiah
-nafsu melatih diri mencintai Allah sepenuhnya.
-orang seperti ini bergaul dengan banyak orang tapi semata mata untuk keredhaan Allah.
-percakapannya kadangkala menyinggung perasaan orang lain tetapi tidak punyai niat

Nafsu Kamaliah
-hanya dimiliki para Nabi dan Rasul

Nafsu Mardiah
-nafsu terbaik dan paling dicintai Allah dan mendapat keredhaan Nya
-KeredhaanNya berbentuk zikir, ikhlas, punyai kemuliaan, sentiasa dihormat orang
-mereka di tahap ini segala perbuatan,percakapan,penglihatan semuanya adalah zikir

Mari kita lihat pula nafsu buruk:

Nafsu Buruk:

Nafsu Amarah
-nafsu yang menurut nafsu syahwat dan syaitan
-jiwa mereka 'zero' dan hubungan dengan Allah langsung tidak wujud
-golongan ini sukar ditegur dan suka mencela orang lain
-golongan neraka

Nafsu Lawamah
-nafsu yang dilakukan di samping masih mengharapkan hidayah Allah
-lebih baik dari nafsu amarah kerana golongan ini masih boleh diberi hidayah
-golongan ini beramal tetapi masih ada riya', ujub, dengki ,sum'ah(buat sesuatu untuk dipuji).
-golongan neraka

Nafsu Mulhamah
-nafsu ini lebih baik dari nafsu dua di atas, ia juga dikenali nafsu samiah
-amalan baiknya sudah mengatasi amalan jahatnya apabila menjalani taubat nasuha.
-sudah terbina sikap baik, tabah hadapi dugaan,
-punyai sifat ketenangan, lapang dada,mereka pada tahap ini hendak memasuki jangkauan nafsu baik

2. Menghalang Bisikan Nafsu(Buruk)

Penghalang utama kaum Muslimin  yang bercita cita mendekati Allah ialah hawa nafsunya sendiri. Oleh itu, nafsu lebih merbahaya daripada syaitan. Antara cara menundukkannya ialah :

-taubat yang hakiki

-menghalang keindahan dunia : dengan amalan zuhud; mengosongkan hati dengan perkara selain Allah

-lakukan ibadat dengan tekun dan istiqamah :dapat menghalang godaan syaitan

-tazkiyah : Inner-self purification,membersihkan hati

-uzlah: mengasingkan diri daripada pergaulan berlebihan

-diam / tidak banyak bercakap

-muroqabah: mengingatkan diri kepada Allah, takut kepada Allah dengan mengingatkan "Allah sentiasa melihatku" atau "esok aku akan mati!"

-berpuasa dan banyakkan zikrullah
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Manusia memerlukan nafsunya menjalani kehidupan seharian. Nafsu digunakan untuk menjalani ibadah, nafsu menjalankan silaturrahim,, nafsu untuk bekerja mencari nafkah dan sebagainya.

Apa yang akan terjadi sekiranya manusia tidak mempunyai nafsu? Sudah tentu kita tidak memiliki kekuatan untuk bekerja dengan lebih keras. Lembik setiap masa.

Sebab itulah kita perlu uruskan kehidupan dengan bijaksana agar nafsu kita boleh dikawal. Kadangkala kita memerlukannya dan ada masa kita tidak memerlukannya. Jadi, bak kata orang putih, make it balance.
Saya hanya mengingatkan diri sendiri dan orang lain.
Insya Allah kita diantara golongan yang diredhai Nya. Insya Allah.


Sampaikan ajaranku walau satu ayat{Sabda Rasulullah}



Wallahua'lam
-Salam Terbaik Ummat-

April 23, 2011

Kisah Ikan Bodoh+Sombong Dan Ikan Cerdik



Dalam kehidupan laut yang cukup tenang, setenang airnya yang cukup membiru bebas dari sebarang pencemaran, tinggal sepasangan ekor ikan yang hidup aman bahagia , Nemo dan Dory di sebuah 'permukiman' batu karang yang indah dengan kewarna-warniannya. Pada suatu hari, Nemo berkatakan sesuatu kepada Dory...

Nemo: Oh Dory sayangku, tahukah kamu sesuatu yang amat dasyat yang aku tidak mahu ia berlaku ke atasmu sayangku...

Dory: Apakah dia wahai kekanda pujaanku?

Nemo: Ayahku telah berpesan dindaku,ada kehidupan lain selain kehidupan kita di atas permukaan air ini..iaitu MANUSIA. Kehidupannya amat dasyat,kejam, dan penuh tragis!

Dory:  HAA?? Betulkah ada kehidupan lain selain kita? Dinda tidak mengerti kekanda..apa yang kanda maksudkan dengan kejam??

Nemo: Ayahku berpesan,jika kita terserempak dengan sebentuk mata tajam yang diletakkan makanan dihujungnya,maka jangan diambil makanan itu kerana ia umpan manusia! Jika kita terjerat jerakan manusia itu, kita akan dilapah, dicincang, dibakar seterusnya dimakan oleh mereka!

Dory:  OMG!! Betulkah wahai kanda?Dinda tidak percaya,dinda tidak percaya..tidak mungkin ada kehidupan selain kita! Bapakmu bukan betul pun..

Setelah itu, si Dory pun terus ingkar amaran Nemo. Akibatnya, pada suatu hari Dory termakan umpan pancingan manusia,maka the end lah riwayat hidup si Dory itu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tentu anda tertanya tanya kenapa saya bercerita tentang pasangan ikan ni kan? Mari kita lihat dialog seterusnya..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lelaki A: Wahai Hamba Allah! beriman lah kamu kepada Allah dan RasulNya..taatilah perintahNya dan jangan kamu lakukan maksiat! Kehidupan di dunia ini sementara..dan kehidupan di akhirat adalah abadi! Amalan kamu di dunia akan di balas di Hari Akhirat maka takutilah Allah dan Hari AkhiratNya !

Lelaki B: Aahhh!!Mengarut betullah mamat ni..mana ada kehidupan akhirat..Its all nonsense and annoying talks! Bila dah mati mana boleh hidup balik lah wehh...!Nonsense !
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

See..? Nampak tak apa yang cuba saya sampaikan, Persamaan kebodohan dan kesombongan si Dory dan Lelaki B amat ketara. Iaitu menafikan sesuatu yang pasti.
Oleh itu marilah kita sama sama muhasabah diri kita,amalan kita, adakah cukup bekalan untuk Hari Akhirat.
Bagi sesiapa yang tidak mempercayai Allah, KitabNya ,RasulNya dan Hari Akhirat..maka tunggulah balasan dari Allah. Saya hanya mengingatkan diri saya dan orang lain.

Firman Allah dalam Surah Al A'raf ayat179:

"Dan Sesungguhnya kami jadikan Jahannam itu untuk Jin dan Manusia yang punyai hati tetapi tidak mahu memahami ayat ayat Allah, dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat kebesaran Allah, dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ajaran nasihat, mereka itu seperti binatang ternakan malah mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang orang yang lalai"


**Kisah di atas adalah rekaan semata mata..pengarah,penerbit Finding Nemo jangan marah ya sebab lari skrip**

Sampaikan ajaranku walau satu ayat{Sabda Rasulullah}


Wallahua'lam
-Salam Terbaik Ummat-

April 22, 2011

Bersederhana Dalam Beribadah

Pada suatu hari, Nabi Muhammad menerima 3 tetamu di rumahnya. Setiap seorang daripada mereka mengakui dirinya dekat kepada Allah. Mereka menyatakan , mereka mendekatkan diri kepada Allah dengan 3 cara berbeza :

1. Mendekatkan diri kepada Allah dengan cara tidak mahu bernikah.

2. Mendekatkan diri kepada Allah dengan cara berpuasa secara berterusan(setiap hari).

3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan cara beribadat di malam hari sehingga tidak tidur semalaman.

Mendengar cara mereka, dengan secara bijaksana Nabi Muhammad bersabda :

 "Demi Allah, aku adalah orang yang takut kepada Allah dan bertakwa antara kamu semua. Tetapi aku berpuasa dan makan, aku bersolat malam dan tidur serta aku bernikah. Siapa yang tidak suka dengan sunnahku, dia bukan tergolong ummatku." (Riwayat Bukhari)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

According to the story above, bahawa jelaslah Rasulullah menyuruh kita bersederhana dalam ibadah. Perlu bijak mengimbangi keperluan dunia dan akhirat, rohani dan jasmani. Menjaga hablu minallah(ikatan dengan Allah) dan hablu minannas(ikatan dengan manusia). Allah tidak pernah menyuruh hamba Nya menyusahkan diri sendiri.
Seperti Firman Allah, Surah al Baqarah ayat 185:

Maksud: "Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan bukan menghendaki kesukaran bagimu"
Mahupun di dalam hadith, sabda Rasulullah SAW:

 "Hendaklah kamu semua berbuat sesuatu sesuai dengan kekuatan kamu sahaja. Kerana demi Allah, Allah itu tidak bosan (memberi pahala) sehingga engkau semua bosan (melaksanakan amalan itu). Cara melakukan agama yang paling dicintai oleh Allah itu adalah apa-apa yang kekal dilakukan oleh seseorang itu. Amalan itu tidak perlu banyak asalkan dilakukan secara berterusan.(Istiqamah)"      
(Riwayat Muttafaq ‘alaih)




Ibadat ini seperti merantau. Saya bagi contoh senang :
Kita nak pergi merantau dari Johor Bharu sampailah Sungai Golok di persempadanan Kelantan-Thailand dengan menaiki kereta BMW tayar empat. Sebelum bertolak mestilah kita sediakan dulu bekalan, cukup ke tak minyak kereta, tayar ganti semua, bawa ke tak coklat Kit Kat untuk berehat sebentar bersamanya.
Selepas itu di pertengahan jalan mestilah nak rehatkan badan sekejap beberapa kali di R&R, makey makey dulu pekena kopi secawan, sudah dapat tenaga dan semangat baru, barulah mulakan semula perjalanan untuk sampai ke destinasi dituju.

Kita beribadat , apakah destinasi kita?? Jadi begitulah cara beribadat.
Sederhana dan istiqamah.




Sampaikan ajaranku walau satu ayat{Sabda Rasulullah}


Wallahua'lam
-Salam Terbaik Ummat-

April 21, 2011

Katakan Saja 'Aku Tidak Tahu!!'



15 Minit sebelum azan berkumandang, Suneo dan Giant,dua orang sahabat sejati ini bergegas masuk ke masjid untuk bersiap sedia menunaikan solat Jumaat. Mereka mengambil wudhu' dan menunaikan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid di saf bahagian tengah. Setelah selesai solat sunat, Giant duduk merapati Suneo dan bertanyakan suatu soalan yang sentiasa bermain di benak fikirannya sebelum ini....

Giant : Suneo,kau terer tak dalam bab agama ni?

Suneo : Emm tak adalah sangat, apahal?

Giant : Tak adalah kalau tak aku nak tanya kau satu soalan....solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu yang tu namanya solat  sunat rawatib eh?

Suneo : A'ah yang tu lah namanya, solat sunat sebelum Solat Fardhu namanya Solat Sunat Qabliyah,kalau selepas ,Solat Sunat Ba'diyah.

Giant :   Kalau macam tu..sebelum Solat Jumaat ada ke Solat Sunat Qabliyah??

Suneo : Err..tak pasti...err..AKU TAK TAHU lah..(waktu itu Suneo tidak tahu langsung apa dalilnya solat qabliyah sebelum solat Jumaat)

Selepas itu, datanglah si Nobita dari arah belakang menyapa dan duduk bersebelahan mereka..

Nobita : Hai korunk, korunk citer apa ni?

Suneo : Tak ni hah, Giant tanya aku..ada ke Solat Sunat Qabliyah sebelum Solat Jumaat,kau tau? Ceciter sikit...

Nobita : Hek eleh apalah korunk ini, jawapannya ADA lah..korunk tak tengok ke sebelum ni kalau selepas azan je semua orang bangun buat solat sunat ni....ikut aje lah diorang....

Giant : Ohhhhh...habis tu kalau kita masuk masjid selepas azan, nak buat Solat Tahiyatul dulu ke Solat Qabliyah dulu???

Nobita : Buat Solat Qabliyah lah..

Suneo : Abis..Solat Tahiyatul masjid kau campak mana, Nobita?

Nobita : Tak payah buatlah..dia kira macam skip lah....

Selepas itu azan pertama  Solat Jumaat pun berkumandang dan mereka melakukan Solat Sunat Qabliyah seperti Nobita katakan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Haaaa..Anda nampak tak kesalahan penerangan yang si Nobita buat? Mari kita bongkar satu persatu :)

Kesalahan Pertama:
Mengatakan Solat Qabliyah ada sebelum Solat Jumaat

Tidak ada satu nas pun yang menunjukkan bahawa adanya Solat Qabliya sebelum Solat Jumaat. Pada zaman Rasulullah, apabila masuk waktu Solat Jumaat Rasulullah terus naik ke mimbar.
Sepertimana al Hafiz Abu Syamah menerangkan :
"Bahawa kebiasaan Nabi SAW ketika keluar dari rumahnya pada hari Jumaat, maka baginda terus naik ke mimbar lalu muazin melaungkan azan. Setelah Muazin melaungkan azan,maka baginda terus menyampaikan khutbahnya. Seandainya pada Solat Jumaat tersebut wujud Solat Sunat Qabliyah, tentu sesudah azan baginda akan menyuruh para sahabatnya menunaikan solat tersebut."
Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar :
Aku solat bersama Rasulullah s.a.w. dua rakaat sebelum Zuhur, dua rakaat sesudah Zuhur, dua rakaat setelah maghrib, dua rakaat setelah Isya’, dan dua rakaat SETELAH Solat Jumaat.” 
Hadith ini merupakan nas yang cukup jelas menyatakan tidak ada Solat Qabliyah sebelum Jumaat. Menurut sahabat Solat Jumaat adalah berbeza dengan Solat Zuhur. Ia tidak disebutkan Solat Jumaat mempunyai solat sunnah melainkan,solat selepasnya (Solat Ba'diyah) . See..? Nobita you failed :)



Kesalahan Kedua:
Mengatakan Tiada Solat Tahiyatul Masjid Selepas Azan
Sabda Rasulullah SAW:
"Apabila salah seorang dari kamu masuk kedalam masjid, dia hendaklah tidak duduk sehingga melakukan 2 solat" (Hadith sahih, mutafaq 'alaih)
Dalam Hadith lainnya yang diriwayatkan oleh Jabir:

“Seorang lelaki masuk ke dalam masjid pada hari Jumaat (ketika Nabi s.a.w. sedang berkhutbah), maka baginda bertanya, “Apakah engkau sudah solat?” Ia menjawab, “Belum”. Baginda s.a.w. berkata, “Kalau begitu, solatlah dua rakaat''(Hadith riwayat Bukhari)
Maka cukup jelaslah berdasarkan hadith yang saya kemukakan, apabila masuk sahaja masjid perlu menunaikan Solat Tahiyatul Masjid. Tidak perlu di 'skip skip' kan..Nobita..you failed again :)



Kesalahan Ketiga:
Berhujah Menggunakan Logik Akal
Inilah yang betul betul saya cuba nak highlightkan dalam entry kali ni. Bukannya tentang Solat Qabliyah Jumaat atau Solat Tahiyatul Masjid. Tetapi berhujah tentang agama MENGGUNAKAN LOGIK AKAL. Katakan saja "Aku Tidak Tahu", atau aku kurang pasti dan sebagainya. Kalau tidak kita bukan saja merosakkan diri sendiri bahkan merosakkan orang lain, betul tak?

Sabda Rasulullah SAW:
 "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dimana jika kamu berpegang kepada keduanya,kamu tidak akan sesat selamanya,iaitu kitab Allah dan sunnah nabi-Nya
(Hadith riwayat Malik)

Firman Allah dalam Surah al Haj ,ayat 8 :

Maksud: "Dan di antara manusia ada orang orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa kitab yang bercahaya"
Oleh itu, jika kita berhujah tidak berlandaskan al Quran, asSunnah, mahupun jumhur ulama'. Nescaya bukan sahaja kita sesatkan orang lain, malah merugikan diri kita sendiri kerana dapat dosa free. Tambahan pula di akhir zaman ini, ramai orang orang jahil akan bercakap seperti ulama, seperti merekalah yang paling alim agama, walhal mereka tidak tahu apa apa pun tentangnya. Berhati hatilah. :)

**Kisah di atas adalah kisah benar,hanya watak pelakon sahaja rekaan semata mata**


Sampaikan ajaranku walau satu ayat{Sabda Rasulullah}


Wallahua'lam
-Salam Terbaik Ummat-

Gambaran Neraka (Secara Kasar)


Hiasan


Entry kali ini saya akan bercerita sedikit tentang neraka secara kasar. Semoga ia serba sedikit menginsafkan diri kita dan menambah sedikit ilmu pengetahuan. Insya Allah.


1.Tingkatan Neraka Dan Pintu Pintunya.

Dalam riwayat Hafizh Abu Naim, Rasulullah SAW bersabda:

(Hadith Riwayat Hafiz Abu Naim)
''Jahanam itu dinyalakan pada tiap tiap hari dan dibukakan pintunya, kecuali hari Jumaat, tiada dinyalakan dan dibukakan  pintunya. Sedangkan nama pintu neraka itu ialah lain: Huthamah, Sa'ir , Saqr, Jahim , Hawiyah.''

Di dalam riwayat ada dikemukakan:

Neraka Tingkat Pertama(Teratas):
Ditempatkan ummat Nabi Muhammad yang fasiq(berdosa besar) seperti:
-tidak solat, tidak keluarkan zakat dan puasa, melakukan zina, membunuh dan sebagainya

Neraka Tingkat Kedua:
Ditempatkan golongan golongan Nasara.

Neraka Tingkat Ketiga:
Ditempatkan orang orang Yahudi.

Neraka Tingkat Keempat:
Ditempatkan penyembah penyembah binatang (syabi'in).

Neraka Tingkat Kelima:
Ditempatkan penyembah penyembah api (orang Majusi).

Neraka Tingkat Keenam:
Ditempatkan orang orang kafir (musyrik), dan jin jin.

Neraka Tingkat Ketujuh (Kerak):
Ditempatkan orang orang Munafik.


2. Bukit, Jurang, Mahligai, dan Rumah di Neraka

Jahanam itu pada tiap tiap pintunya mempunyai:

-70,000 bukit
-Setiap bukit mempunyai 70,000 jurang
-Setiap jurang mempunyai 70,000 nyalaan api
-Setiap nyalaan api mempunyai 70,000 dusun
-Setiap dusun mempunyai 70,000 mahligai
-Setiapmahligai terdiri daripada 70,000 rumah(nyalaan api)
-Setiap rumah mempunyai 70,000 ular,dan 70,000 kala(penyeksa)
-Setiap kala mempunyai 70,000 ekornya.



Hiasan

3. Bahan Bakar Neraka.

Mengenai bahan bakarnya, Allah berfirman di dalam Surah al Baqarah, potongan ayat 24 yang bermaksud:



"....maka peliharalah dari api neraka yang bahan bakarnya : manusia dan batu(berhala), yang disediakan untuk orang orang kafir."



Hiasan


4. Nyalaan Api Neraka.

Begitu hebatnya nyalaan api neraka, ada di dalam beberapa riwayat hadith menerangkan:
-Dalam Riwayat Tirmidzi menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda(bermaksud):


''Api Neraka itu dinyalakan 1000 tahun hingga MERAH, kemudian dinyalakan 1000 tahun hingga PUTIH,
kemudian 1000 tahun hingga HITAM, maka hitam yang amat kelam pada suatu riwayat menyatakan lebih hitam dari malam yang gelap gelita"

-Dalam Riwayat Muslim menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda(bermaksud):


"Bahawa api yang dinyalakan di dunia ini panasnya 1 DARJAT daripada 70 DARJAT panasnya neraka Jahannam''
Dalam satu riwayat menegaskan:


"Dan orang yang di dalam Jahannam itu, mengeluarkan tangannya kepada ahli dunia, nescaya terbakarlah dunia daripada sangat panasnya''

Hiasan


Begitulah dasyatnya gambaran api neraka ini walaupun gambaran yang saya buat ini secara kasar(berdasarkan dalil yang sahih).
Oleh itu wahai hamba Allah, marilah kita sama sama muhasabah diri kita, jangan jadikan hidup kita di dunia ini tergolong di dalam golongan orang orang yang rugi.
Insya Allah moga kita mendapat hidayah daripada-Nya agar ditunjukkan jalan yang mustaqim. Insya Allah.




Sampaikan ajaranku walau satu ayat{Sabda Rasulullah}


Wallahua'lam
-Salam Terbaik Ummat-

April 20, 2011

Pandangan 4 Mazhab Tentang Lafaz Niat Solat

Rasulullah SAW bersabda:
   
  Maksudnya : “Sah atau tidaknya solat seluruh perbuatan itu adalah bergantung kepada niat.Setiap orang akan meraih pahala atau dosa adalah berdasarkan kepada apa yang telah diniatkan.”

( Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i, Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi

Tiada niat di dalam solat,maka tidak sah solat seseorang itu kerana ia adalah termasuk dalam rukun sah solat. Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim,Bukhari,"setiap amalan itu bermula dengan niat".Tempat niat adalah di dalam hati. Maka Niat adalah perbuatan hati,bukannya dengan lidah dan sebagainya.Adapun mazhab mazhab yanng mempunyai pandangan tersendiri mengenai syarat niat di dalam solat:


Imam Hanafi: Mengatakan perlu ada 2 syarat iaitu menentukan jenis solat (ta'yin) dan yang keduanya ialah mesti benar benar azam melakukannya. Adapun pendapat yang mengatakan lafaz niat solat adalah bid'ah.

Imam Malik: Mengatakan tidak perlu melafazkan niat,kerana ini adalah perkara bid'ah.Ia tidak diriwayatkan oleh Nabi SAW atau mana mana Sahabat yang memerintahkan umatnya melafazkan niat, Jika ia dinayatakan oleh Nabi SAW, maka para sahabat pasti tidak akan mengecualikannya, dimana dengannya umat akan melakukan ibadat setiap hari dan malam.Jadi lafaz niat perlu dihindari.

Ibn Qayyum(ulama Imam Hanbali): Mengatakan dalam kitabnya Talbis Iblis: Semua ini(lafaz niat) adalah  belitan/tipu daya Iblis yang akan menimbulkan perasaan was-was didalam diri manusia didalam menunaikan solat. Mahupun di dalam penulisannya :  Nabi S.A.W ketika memulakan solat, nabi hanya menyebut kalimah “ ALLAHUAKBAR ” dan tiada perkataan lain didengari sebelum lafaz takbir sama ada solat fardhu mahupun solat sunat.

Lafaz niat:
          ''Sahaja aku solat kepada Allah, Solat(____),4 rakaat,mengikut Imam,kerana Allah Ta'ala."

Ibn Qayyum menyatakan lagi:


"Apabila Nabi saw berdiri menunaikan solat, beliau berkata : Allahu Akbar, dan tidak mengatakan apa-apa sebelumnya, Tidak ada lafaz Niat dan Dia tidak mengatakan :'Sahaja aku bersolat sekian-sekian, mengadap Kiblat, 4 rakaat, sebagai Imam atau Makmum'. dan tidak juga beliau berkata 'Tunai' atau 'Qadho', atau 'Fardu'. Ini semuanya adalah bid'ah yang tidak diriwayatkan dari mana-manae ulama' dengan mana-mana Isnaad, samada sahih, dhaif, musnad atau mursal. Tidak pula diriwayatkan dari para Sahabat Nabi, dan tidak dari Tabieen atau tidak dari Imam yang empat".

Imam Syafie: Lafaz niat hanya untuk membantu menghadirkan niat di dalam diri.Jadi,ia disunatkan.Namun akhir akhir pengikut mazhab ini mengatakan wajib meletakkan lafaz niat,dan mengatakan ia dikeluarkan oleh Mazhab Syafie! Walhal Imam Syafie mensyaratkan bahawa niat tempatnya adalah dalam hati.

Maka kesimpulannya mudah sahaja,membuat lintasan niat di dalam hati kemudian mengangkat Takbir tanpa perlu memanjangkan mad. Tidak ada satu nas pun menunjukkan Nabi melafazkan niat solatnya mahupun sebelum,semasa atau sesudahnya iqamah.
Walaupun kita nampak lafaz niat ini sekecil kecil perkara, tetapi kita harus ingat Islam memandang berat sesuatu perkara walau sebesar kuman sekalipun.Apalagi perkara yang diada adakan dalam agama? Jangan kata "alah dont worry la beb, benda kecik je pun''. Masya Allah, kalau bid'ah,dan amalan tertolak,nak menyesal kemudian pun tak guna beb.


Sampaikan ajaranku walau satu ayat {Sabda Rasulullah}


Wallahua'lam
-Salam Terbaik Ummat-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...